" Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatlkan ahmad zulhelmy,
Allah selamatkan kamu "
hari nie, ulang tahun kelahiran ahmad zulhemy yang ke -14 .
sedar x sedar dah 8 tahun dia pergi meninggalkan kami .
29 / 12 /1997
dia lahir sebagai kanak-kanak normal .
tapi setelah umur dia beberapa bulan,
doktor cakap, dia ada penyakit .
alya pon x tahu apa penyakit tu tapi disebabkan penyakit tu,
helmy berbeza dengan kanak-kanak yang laen .
dia x boleh merangkak, berjalan, bercakap, selalu genggam tangan dia .
al-fatihah is the best gift tuk helmy .
dia suka sangat bergambar, tgok gusti, tgok bola .
dia selalu nak orang ada dengan dia .
alya ingat lagi masa ma nk lahirkan adek alya fakri, dia menangis nak ikot pergi hospital . masa tuu duk kat umah nenek . pagi2 lagi dalam kol 3-4 pagi camtu .
kitorang pon pujok dia dengan tengok gusti . dia terus berhenti nangis n tgok gusti dengan penuh minat . rindu laa....
dia ade tahi lalat yang besar sangat kat telapak kaki dia . orang kata, lau ade tahi lalat kat kaki tandanya akan berjalan jauh .. and alya selalu fikir yang jalan jauh tu pergi ke alam 'sana' . alya fikir camtu sebab berdasarkan keadaan dia . lagipon alya budak-budak la masa tu . tapi, disebabkan alya nie budak-budak masa tu, alya x menghargai dan menyayangi helmy macam orang laen .
tapi x pe , setiap yang berlaku pasti ada hikmah sebab Allah x akan jadikan sesuatu dengan sia-sia . jadi, kami redho dengan pemergiannya .
kehadirannya satu anugerah .
untuk menguji kesabaran,
menguji keimanan,
sebgai penghibur kami,
dan supaya kami ingat bahawa semua yang hidup akan pergi .
sebtulnya, alya rindu sangat ngn helmy .
rindu nak pegang tangan dia .
rindu nak bau tangan dia yang masam tu .
rindu nak dukung dia .
rindu nak tolak kerusi roda dia .
rindu nak peluk dia .
rindu nak cium dia .
betul la ape yang orang kata .
kita x akan menghargai sesuatu sehingga sesuatu tu dah tiada baru la kita tercari-cari , terindu-rindu .
bila alia sedeh , alia suka tgok gambar dia .
alia suka cakap ngn gambar dia seolah-olah dia ada .
if only i could do the same thing tuk solat . tentu khusyuk . :)
some of his pictures : my dear, u'll always in my memory .
nie gambar helmy masa umur brapa bulan ntah . alya x tahu . ^_^
tgok dia..bulat kan.. cam x sakit apa2 .
nie pic kat umah sewa . alolo...apesal muram je nie .. :)
(at putrajaya)
tgok helmy tuu...lau dy buat camtu kan, tetiba rasa cam berat and memang susah nak dukung . tapi, rindu sangat nak dukung dia lagi.
tgok . dia senyum je . bahagia sangat bila tgok gambar dia senyum . :D
atas kerusi roda nie lah helmy selalu duduk apabila kitorang pergi jalan2.
helmy memang suka bergambar . pantang nampak camera , memang dia akan senyum . and sebab tu la alya x suka sangat bergambar . miss him .
lepas amek pic nie, helmy terus bergolek jatuh . semua orang gelak . huhu . dia jatuh sebab dia suka sangat bila nk amek gambar . oh ye, nie gambar helmy ngn adek kitorang yang baru lahir, ahmad zulfakri . masa nie dia dah 5 tahun . :)
sikit je yang leh scan masok laptop nie ..
sebab gambar2 yg laen banyak yang x bertudung even masa tu x cukup umur lagi . huhu .
gambar masa budak2 la .. :D
i should stop right now . takut banjir je kat sini . huhu .
:D
-al-fatihah-